Wednesday, May 8, 2013

Belum terlambat

Assalamualaikum.

Korang semua yang masih belajar dapat baucar buku RM250 kan? Gerenti korang semua dah habis guna sehari selepas dapat baucar , kan kan ? Okay kalu bukan sehari selepas tuh pun , mesti awal awal dah habis berjoli dekat bookstore kan ? Eh banyak pula kan -____-

Tapi aku tak. Aku baru je guna last week . Konon nak survey dulu kedai buku yang mana bagus.
Sebab sekarang banyak kedai buku letak rules kalu guna baucar buku tuh. Aku pun godek godek la kat blog orang lain , bookstore yang mana satu okay. Depa kata Popular kena beli buku ilmiah saja , tak boleh beli novel ? dan ada pulak 80% untuk buku 20% untuk stationery . Alahaaii awak , rajin pulak saya nak tekan calculator nak mengira peratus bagai ni.

Konon berangan nak pegi Kinokuniya . Aku memang suka masuk situ , syok gilaa ! Bila masuk je Kino teruja tau. Macam kera dapat bunga . Okeh tipu sangat tu. Bukan apa kat Kino boleh rambang mata nak pilih buku , terlalu banyak ! Lagipun kawan aku ada kasi baucar Kino , so cam rugi la kalu tak guna. Tapi nak pegi KLCC tuh payah. Takpe la sempat lagi kot pegi beli kat sana sebelum baucar ni expired hihihi.

Aku frust menonggeng la sebab satu-satu nya bookstore ada kat Kerteh cuma Popular je. Sobsobsob :(
Tak putus asa , godek godek jumpa la satu blog ni bagitau beli kat MPH untung ! Aku pun apa lagi , sambil pegi jenguk adik kat Seremban singgah MPH kat AEON Seremban 2 jap. Aaaandddddd memang untung wehh !

Ni laa buku yang aku dok mencari-cari selama ni . tak payah aku nak beli satu per satu sebab kat MPH dah sekali kan terus . tengok la tiga-tiga buku dalam satu plastik :)

yang paling penting sekali harga berpatutan wehhhhhh . untuk satu set baru je RM 59.90 , kau bayangkan lah harga satu buku RM 42++ , kalu beli tiga secara berasingan tak ke dah cecah RM100 lebih ? jimat brader jimat


Dekat 2 jam jugak la aku kat dalam MPH tuh nak mencari buku yang sesuai untuk dibeli . Cewaahh . Haaa tu diaa buku aku beli . Actually ni bukan semua aku punya , separuh aku separuh lagi adik gua . Bila separuhseparuh , baucar yang kena guna haruslah separuhseparuh tak gituh ? Haha . Masa nak bayar tuh aku tanya dulu akak cashier.

Me : kak , boleh tak saya nak campur baucar . cam baucar saya dengan baucar adik ?
akak cashier : boleh je dik :)
Me : lepas tuh , kalu guna kad siswa boleh tak ?
akak cashier : oh boleh je

Phewww nasib baik . Total semua buku kitaorang RM300++ . Tapi bila kitaorg guna kad siswa , dapat murah laa . Korang semua pun dah sedia maklum kan guna kad siswa dapat 10% untuk setiap buku . So grand total hanya RM280++. Disebabkan adik gua hanya ada baucar bernilai RM150 dan dia nak habiskan terus , oleh itu aku hanya guna baucar sebanyak RM100 je. Ayah aku perlu tambah RM30++ sahaja. Nampak tak penjimatan di situ wahai rakan sekalian?

Bukan setakat tuh je wehh , dengan baik hati nya MPH kasi kitaorang free gift denga baucar MPH RM10.  Memang syok sangat la shopping buku kat MPH. 



MPH kasi free notebook comel ni :)

So kepada pemegang baucar buku yang belum guna/habis guna lagi , aku rasa sempat je lagi korang semua pegi MPH . Lagipun pun expired date baucar tuh end of this month kan ? kalu tak silap 31st May ? Aku punya baucar ada lagi RM150 tak guna. Tambah dengan baucar MPH RM10 , total ada RM160 boleh beli buku free. Hmm adik habis final dalam 20hb , boleh la singgah MPH sekejap. Haha.

Sunday, April 28, 2013

Hani & Bukhory #1


Assalamualaikum

Apa yang aku nak kongsi ni actually dah lapuk dek zaman. Mehh mari dekat sikit aku nak bagitau nii..sebenarnya akak aku yang paling rapat dah jadi bini orang. Tak lama lagi nak jadi mak orang . Eheemmm tak lama lagi aku pun jadi makcik la yedak ? Hihihi. Lupa pulak nak kasi tau yang ni akak gua yang nombor dua ehh bukan satu :)

Sebenarnya aku dah lama nak buat entry pasal ni tapi asyik tangguh je. Biasa la student sepenuh masa kan sokmo sibuk kan ? Cewaahh padahal cakap la tahap kemalasan tuh melampau haha. Okay , aku akan buat entry satu per satu  dari bertunang , akad nikah dah sanding.

Majlis bertunang hari tu , family kitaorang sepakat pakai baju kaler brown gituh . Aku pulak takde baju kurung kaler brown , terpaksa la selongkar almari mami nak pinjam baju katanya hihihi :D