Kisah Pertama :
"Pada malam Aminah melahirkan bayinya, saya berada di halaman rumahnya. Saya lihat rumah itu bermandikan cahaya. Bintang-bintang seperti sangat dekat, hingga saya bimbang sekiranya bintang itu jatuh di atas kepala saya," kata Fatimah al-Thaqfiyah, jiran yang juga sahabat baik Aminah. Menurut Fatimah al-Thaqfiyah lagi, apabila dia masuk ke dalam rumah Aminah, dilihatnya keadaan dalam rumah itu juga terang benderang. Dia hairan melihat Muhammad. Biasanya bayi yang baru lahir terlentang, tetapi Muhammad lahir dalam keadaan tertiarap, kepalanya mendongak ke langit, jari-jarinya terangkat-angkat seolah-olah sedang mengucapkan sesuatu, matanya juga merenung ke langit, seolah-olah ada benda yang dipandangnya. Kisah keganjilan Muhammad itu menarik perhatian jiran tertangga. Mereka datang ke rumah Aminah bagi melihat bayi yang dikatakan luar biasa itu. Akhirnya orang ramai tidak putus-putus mengungjungi rumah Aminah. Keadaan rumah itu juga tiba-tiba sahaja berubah. Rumah yang tidak bermaya selama ini, tiba-tiba sahaja berseri-seri dipandang serta menjadi tumpuan orang ramai. Hijrah : Permulaan Sebuah Kegemilangan , Abdul Latip Talib.
Kisah Kedua :
Pada suatu hari, ketika Aishah menjahit baju pada waktu sahur, tiba-tiba jarumnya terjatuh. Secara kebetulan, lampu yang dipasang sejak tadi dipasang telah malap.Nabi Muhammad masuk dalam kegelapan tetapi wajahnya yang bercahaya itu menyebabkan Aisyah berjaya mengutip kembali jarum yang terjatuh.
“Wahai Muhammad, alangkah bercahayanya wajahmu,” kata Aisyah.Kemudian, dia menyambung, “Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?”
Nabi Muhammad menjawab, “Orang yang bakhil.”
Aisyah bertanya lagi, “Siapakah orang yang bakhil?”
“Orang yang bakhil itu ialah orang yang tidak mengucap selawat ke atasku apabila mendengar namaku disebut,” jawab Nabi Muhammad.
♥ Allahumma solli 'ala saiyyidina Muhammad ♥
ps : akan bersambung , InsyaAllah .
No comments:
Post a Comment