Sunday, April 29, 2012

Al-Safina Arabian Restaurant

Oh yeaahh ! Akhirnya , kat sini dah ada restoran nasi arab . Dalam 15-20 minit dah boleh sampai ke restoran kalau gerak dari rumah aku . Aku dengan famili aku memang suka makan nasi arab , especially Chicken Mandy . Kalau kitaorang turun KL , memang wajib singgah mana-mana restoran nasi arab . Tapi restoran fevereettt kitaorang adalah Al Rawsha Restaurant yang terletak di Kampung Pandan . Korang yang tinggal di kawasan berdekatan , boleh lah singgah yee ! Memang berbaloi dengan harga :)

credit : Mr . Google Ini la Al Rawsha Restaurant . Memang cantik tempat nii .




credit : Mr. Google 


Sekarang ni , tak perlu dah kitaorang turun KL semata-mata nak makan makanan arab . Sesiapa yang tinggal berdekatan dengan kawasan Kijal , sila cuba makan di Al Safina Arabian Restaurant ye . Di situ , terdapat pelbagai makanan arab . Harga lebih murah berbanding dengan tempat lain . Sesuai dengan kawasan kita :) Tapi , tahap kesabaran korang perlu tinggi . Lagi-lagi kalau korang pergi lepas maghrib . Masa tuh memang ramai orang dan pekerja kat situ tak ramai . Kemungkinan order nak sampai memakan masa hampir 2 jam . Seperti aku sekeluarga :(  Mungkin nasib kami tak begitu baik . Takpe boleh cuba lain kali .

Aku dgn family pilih nak makan kt dalam . Sejuk ada aircond and tempat duduk bersila . Korang boleh nak tunggang terbalik kat dalam . Hihihi .
Ini lah akibat kebosanan menunggu order lambat sampai :\

Ohh tak lupa nak promote kalau korang nak makan sini , sila order air banana milkshake . Daeebaaaaaakkkk !!! Sorry takde gambar pulaak sebab lapar sangat tak ingat nak ambil gambar . Kekeke :P

No comments: