Kebelakangan ni aku sibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti harus dilaksanakan sebelum balik ke Chendering. Seperti tengok movie sampai habis , layan Running Man sementara connection laju ( balik sana lambat macam kura-kura ! ) , makan enakenak sampai perut buncit , baca komik sampai habis , kuar lepak dengan besfreennn dan paling penting sekali tidooooo yang cukup ! Balik Chendering tido lambat bangun awal lepas tuh dalam kelas buat air liur basi kat kertas !
Ahad lepas , satu-satunya adik aku pegi daftar masuk Universiti Malaya ( UM ) . Kitaorang gerak dari rumah nenek sedara kat batu caves dalam pukul 8.30 pagi . Sampai kat UM dalam pukul 10 pagi . Kot ? Aku tak berapa nak ingat laa sebab tak tengok jam pulak masa tu. MasyaAllah ! Masa tuh dah banyak gila keta wehh ! Memang belaka keta gerak cam siput laa kan. Parking pulak tak payah nak cakap lah. Memang susah nak dapat dah. Then papa suruh turun dulu kasi adik daftar. Kalau lewat ramai orang pulak. Kami bertiga , kakak-kakak pun turun teman adik bongsu daftar kat Kolej 12. Terkejut aii !! Barisan nak beratur tu punya laa panjang . Kalau tak silap hampir 400 meter kott !! Siap akak PP ( Pembantu Pelajar ) suruh budakbudak buat barisan bentuk U dah . Sebab kalau kau baris macam pembaris , memang sampai ke jalan besar jawabnya .
Disebabkan aku dengan akak aku nii KAKAK yang prihatin , suruh laa adik pegi isi borang dulu biaq kami yang tolong beratur . Baik kan ? Ececece :P lepas adik dah habis isi borang bagai tu , dia pun masuk laa barisan. Akak kedua aku Hani , teman jelaa si adik nii beratur sekali. Sampai la satu tempat tuh akak PP habaq " parents tak boleh masuk ! student je . " dan bermula la penantian kami yang lama nak mampuiihhh!!
![]() | |
| Sorang2 bawa luggage bukan satu dua. Bak kata papa , kalau boleh nak angkut rumah bawa pegi masuk hostel . haha ! |
Nak dekat 2 jam jugak menunngu si adik nii . Lenguh berdiri , mencangkung pulak . Lenguh mencangkung , cari kerusi . Nasib dapat jumpa satu kerusi kosong . Terpaksa berhimpit dengan akak . Lantak laa asalkan dapat hilang lenguh kaki.
![]() | |
| Muka mintak penampar . Budak belakang tu selamber je duk main dengan akak2 dia tengah2 panas terik. |
![]() |
| Hostel perempuan. Ada 9 tingkat wehh. Nasib baik ada lif , kalau tak semput eden nak naik tangga. |
Tiba-tiba je aku tergerak hati nak call adik . Sebab lama sangat dia pegi daftar . Budak yang beratur belakang dia pun dah boleh angkut barang nak cari bilik .
Me :Adik lama lagi ke ?
Adik : Haa adik dah siap nii . Aisyah kat mana ?
Me : Kat tempat tadi
Adik : Okay okay nanti adik gi sana .
Nasib baik aku call . Kalau nak harapkan adik call kata dia siap memang lama aa .Then papa suruh aku temankan adik cari bilik . Papa dengan 2 orang lagi akak aku pegi angkut barang . ( hooree selamat aku ! )Adik dapat bilik kat tingkat 7. Konon konon nye nak naik lif laa kan . Tupp tupp , ramai gilaaa wehh tengah tunggu lif . Nak mencelah pun tak boleh ! Pastuh aku dengan adik pakat naik tangga sudah . Sebab kitaorang tak bawa barang so cam takde beban konon nye . Naik punya naik , sampai tingkat 4 , tayar dah pancit . Haha ! Sempuuuuutttttt ! Kantoi tak exercise sebab tu takde stamina .
![]() | |
| bilik no 715 . not bad laa . aku suka sebab takde besar sangat tak payah nak sapu bagai , haha. dah dekat dengan tandas :) |
![]() | |
| and aku suka almari dia . kau nampak kecik kan tapi lg besar dari uitm kat tempat aku punyaaa ! kalau kt hostel aku nak simpan barang dalam loker dah pening . |
![]() | |
| bilik si adik betulbetul menghadap dengan blok laki punya . ( menghadap ? betul ke ejaan dia ? ) |
Aku ni dari dulu sampai sekarang kalau bab mengeja memang FAIL ! Aku pun tak tau asal boleh jadi macam tu . Nasib baik time SPM dulu subjek BM dapat gak A . Kalau tidak memang malu wehh ! Baik tak payah jadi orang melayu . Haha !
![]() |
| lagi best bilik si adik boleh nampak tasik walaweehh !! ibarat nya boleh laa time petang yang redup si adik dan rakan bilik nak layan perasaan kat balkoni . tempat kau ada ? tempat aku takde ! |
Dari pagi sampai senja kitaorang duk kat UM tuh . First time kot hantar orang masuk universiti lama cenggini . Selalu nya tengah hari tak pun petang dah boleh berambus . Penat tuh tak payah nak cite laa . Air bergelen-gelen pun aku sanggup minum . Dahaga !! Tapi Alhamdulillah . Adik tak beremosi bila nak kena tinggal . Sebab ada budak lain mata dah merah bila parents diaorang balik . Bak kata mamy , adik lain dari kakak2 dia . masa hantar kitaorang dulu , emo laa jugak seposen tuhh . tapi adik tak . haha . sekian .











2 comments:
maca pernah tgklah bilik tu. maybe dalam cite cinta fotokopi kot. haha
hye.. come follow me and i will follow u back. =)
how can i follow u?
xde button 'follow' pun?
Post a Comment