Thursday, May 31, 2012

Aku punya stail

Assalamualaikum

Tinggal 10 hari lagi aku nak kena balik Chedering . Halaamaaakk !! Den tak suko ni ! Dah laa barang satu habuk tarak beli lagi . Nanti esok nak gerak hari ni baru nak beli memang parok wehh ! ( parok adalah bahasa terengganu ) Barang bawa balik dari sem lepas habis tak kemas lagi. Dasar pemalas punya olaaanng !! Esok mami dgn papa den nak turun KL pagipagi buta lagi. Nak kena amik cik adik kesayangan kami balik rumah. Mak cik tuh dapat tawaran dari MARA , so dia nak kuar dari UM nak pegi KMS ( Kolej Mara Seremban ). Tak sampai seminggu aku cite pasal dia masuk UM , kau nak kuar dah ?!  Aku malas nak ikut sebab aku pemalas . Haha . Jadi aku nak mintak fulus dengan papa nak pegi TMC beli barang keperluan dan stok makanan aku kat Chendering nanti .

Bila teringat nak balik sana , tiba-tiba aku teringat next sem aku kena study gila punya gila . Sebab makin lama makin susah wehh belajar. Dulu masa sem 1 , selamber je study . Takde nak bersekang mata nak study . Sekarang , kau buat selamber masa study week , result kau pun selamber jugak la der ! Tapi aku tetap dengan cara aku dari dulu sampai sekarang . Dulu tuh bukan dari sekolah okeh ! Aku mana reti nak study masa sekolah . Kalau dapat study week dalam 1 minggu , aku memang guna peluang tuh balik rumah. Kasi goyang kaki dulu before aku study nak mampuihh ! Tapi aku tak syorkan adik aku guna cara aku laa . Aku ni jenis tak reti nak study awal-awal. Haha.

Bila aku balik dari rumah , benda kt atas mula-mula sekali aku buat . Tulis final exam mula bila habis bila. Lepas tuh memang wajib setiap sem , aku mesti buat countdown . Haha . Dasar tak sabar nak balik  rumah. Lagi satu bukan apa , senang aku nak tengok tinggal berapa hari aku nak kena study utk subjek tuhh . Boleh la aku bajet satu hari tuh dapat study berapa tajuk. Takde laa nak gelabah tak tentu pasal kan.

Yang ni pulak nota kaki utk last paper . Lebih kurang seminggu jugak laa dapat study . Kali ni aku siap tulis awal-awal chapter mana dah habis buat revision , chapter mana yang belum lagi. Sebab kali ni punya paper utk subjek akaun weh! Bayangkan setiap chapter tuh banyak kena ingat dia punya format , ledjer bagai tuhh . Salah masuk habis aa kau punya balance sheet tak imbang . Markah pulak bukan sikit tapi banyak ! Satu soalan boleh dapat dalam 30 markah . Kalau kau tak dapat nak buat soalan tuh , rugi besar woooo !! Aku nak cilok mana markah nanti ? Kalau ada teori pun setakat 2-4 markah , tuh pun tak tau dapat jawab betul ke tak . Sebab accounting student jenis tak reti nak baca teori . Depa fikir benda tuh tak penting . Benda ni dah diakui oleh pensyarah akaun sendiri. HAHA !


Bila dah start buka buku semua tuh , habis segala nota kaki ke nota tangan ke nota komputer ke , aku angkut letak atas meja . Berguna beb ! Sampai segala makanan minuman pun aku letak jugak atas meja study tuh . Sebab aku ni bangsa study sambil makan. Kalau tak makan , aku punya kelajuan nak buat revision tuh tahap kura-kura la. Nak turun beli makanan malas pulak. Sebab aku turun bukan sekejap pun tapi lama . Alang-alang dah berehat , rehat la kau sepuas-puas nya !! Sebab tuh aku kena pastikan aku tak banyak berangan bagai semua tuh . Tak pasal-pasal kerja aku tak gerak. Haha.

Ada satu benda akan aku buat setiap sem . Aku tak nafikan aku ni memang kaki study punya last minute. 2-3 hari nak exam , hari ni baru nak study . Ibarat nya la. So , setiap sem kitaorang akan ada test laa quiz laa assignment semua tuh. Aku memang berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai carry mark yang tinggi ( cewaahh ayat tak boleh nak kalah langsung ) . Nanti masa final punya , takde laa baru nak hafal semua benda kan ? Kalau nak hafal pun takde laa amik masa yang lama kan ? Sebab masa awal-awal dulu dah baca kan ? Banyak pulak dah kau punya kan . Lepas tuh , aku cuba buat tutorial sebanyak mungkin , kalau boleh habis kan terus semua past year . Macam larat je haha .  Aku dah berusaha .  Berdoa dan tawakal agar permudahkan masa nak jawab exam nanti , InsyaAllah.

1 comment:

. said...

amboii busy nyerrr hehe sy tgk pun dha pening :) btw... done follow.. jom main makeup2 kat blog saya pula :)